Biasanya memang saya taknak beri duit pada peminta sedekah ni. tapi kalau mereka menjual sesuatu, kiranya itulah usaha mereka mencari rezeki.
----------
Kini saya lebih suka membeli belah di pasar siang atau malam. Kalau dulu saya terus ke Carrefour contohnya untuk cadar, tuala, permainan kanak2 dll
Pada saya, lebih baik saya menolong penjual kecil-kecilan di pasar ini. Pastinya penjual rasa sedih apabila barangan tiada satu pun yang laku setelah berdiri lama menunggu pelanggan.
Di satu pasar malam, ada seorang Muslim yang cacat anggota menjual barang kecil2 untuk kanak2 seperti buku stiker dan mainan kecil2 berharga RM0.50-RM5. Barang2 jualan diletakkan di atas meja kecil dan digantung. Biasanya kanak2 tidak tertarik singgah di kedai ni kerana sikit sangat permainan yg ada. Kedai kafir dihadapannya juga menjual permainan, 4 meja berderet banyak permainannya. Ramai yang singgah. Bila saya singgah beli di kedai muslim ni, nampak dia gembira sangat, agaknya saya pelanggan pertama hari itu. tak silap saya 2 minggu kemudian, saya ke sana, dia tidak berniaga lagi.
Dia berusaha berniaga, tapi tidak mampu bersaing dengan kedai hadapannya itu. Semoga si Muslim ni mendapat rezeki yang berkat di tempat lain.
---------------
Saya ke pasar malam dengan seseorang yang sangat suka memberi. Dia tidak mengambil duit berbaki kalau syiling. Semoga dia mendapat pahala sedekah. Memang rezeki dia pun tidak putus2 insya Allah.
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) paste dari danauilmu.net -----------
---------------
10 tahun lalu, saya diberitahu rakan sebilik akan perbualannya dengan anak seseorang yang sangat dihormati. Saya hormati dan kagum dgn beliau kerana ilmunya, kerana akhlaknya, kerana usaha beliau memperjuangkan nasib palestin. Anak itu belum bersekolah ketika itu. lebih kurang begini
kawan: bila besar nak jadi apa
Anak itu: daie
kawan: jadilah askar ke polis ke kan best
Anak itu:takkknakk .. nak jadi daie juga
Daie=pendakwah
Masya Allah, beruntung yang mendapat anak yang soleh. Tengoklah bapanya juga orang yang soleh. Anak yang soleh, nikmat yang sangat besar. Lihatlah berapa ramai ibubapa yang kesusahan angkara anak. Anak meninggi suara, tidak balik rumah, dadah, merampas harta ibubapa dan menghantar ibubapa yang tua ke rumah kebajikan. Teringat satu kisah bekas guru besar. Beliau menukar nama rumahnya kepada anak lelaki yang telah bekerja dan berkeluarga. Setelah siap tukar nama, anak menghalau ibunya keluar.
Saya kagum melihat insan2 yang sanggup memikul fardhu kifayah menolong saudara Muslim dekat dan jauh di Kemboja, di Palestin dll.
Ada seorang ustaz yang pernah mengajar Al-Quran di sebuah Masjid Putrajaya bercerita dia mengambil cuti tanpa gaji (1 / 2 minggu), kos perjalanan tersebut ditanggung sendiri. Isteri beliau menggalakkan. Alhamdullillah dia tinggal di kawasan masjid. Keselamatan keluarga terjamin sepanjang pemergiannya.