Wednesday, 18 May 2011

hotel tanjung piai, pontian

tanjung piai resort
RM80-250
Tanjung Piai Resort
Piai cape holidays sdn bhd
Serkap, Kukup 82030, Johor
Tel: 607-6960011
Fax: 607-6969000
http://tanjungpiairesort.yolasite.com/room.php

  hotelpontian.com
 Hotel Pontian
Jalan Delima, Pusat Perdagangan Pontian,
82000 Pontian, Johor.
Tel   : +607 686 1000  (3 Lines)
Fax  : +607 688 1230
Email :
enquiry@hotelpontian.com


HOMESTAY/ RUMAH PERSINGGAHAN MURAH DI PONTIAN, JOHOR — Pontian Kecil  Street Address: 6230, LORONG 4, TAMAN DAMAI, 82000 PONTIAN, JOHOR.  0197482010 Price: RM 50.00, 2 bilik . kipas

Kharina Homestay by Damai Murni Ent
-hotel,cafe
019-7849614,0197055227

HOTEL SYUMUL, No. 37  Jalan Mutiara, Taman Mutiara, 82000 Pontian Johor
Hanya RM40-RM65 semalam
Hubungi: Syikin (016-7385260.SILA HUBUNGGI KAMI 0103348459/0197873354 ATAU 0103344133.
http://pontiankecil.olx.com.my/rumah-tumpangan-syumul-hotel-bajet-bilik-utk-disewa-iid-187898006

Wednesday, 11 May 2011

low hemoglobin level

I have a low hemo level, so I couldnt donate my blood. I thought I already eat healthily allthiswhile.
Left the National blood center with mixed feeling.

Thursday, 21 April 2011

pulau pinang

naik keretapi ke butterworth waktu malam, sebab nak tidur dalam keretapi.  Terbangun2 tiap 1 jam. memang tak lena lah. 6am sampai butterworth, jadual 4.58am. patut jadual itu ikutlah kebiasaan. org2 situ kata mmg biasa 6am.

Bas rapid penang memang bagus. website rapidpenang is very informative. salute
saya tinggal di tanjung bungah, nak ke teluk bahang naik bas 103 atau 101  tak silap la.tiket rm2.00
pagi2 di teluk bahang. syok jalan2 kampung nelayan. ada pasar ikan.
dari tempat rapidpenang parking, +- 80m pasar harian. banyak tempat makan situ.

1- nasi lemuni
saya;nasi lemuni tu macammana
P; nasi tu ada daun
saya; macam daun pisang ke? buat alas nasi...
P; bukanlah, daun tu hancur2 masak dengan nasi

2- apom telur (gerai tepi jalan depan pasar)
kedai tulis apom telur RM1, Apom manis RM0.50

penjual;nak satu telur sekali?
saya; ok
pembeli1;makcik dulu boleh makan satu telur satu apom, sekarang satu telur untuk 5 biji apom.(penyakit banyak)
saya; apom telur ni manis tak
penjual; manis

Saya tak boleh pilih apom tak manis dengan telur sebab gula dah masuk siap2 dalam bancuhan tepung

dinner,
bawa ikan dan ketam minta kedai masak. nafa ke apa namanya kedai makan tepi jalan buka 6pm
ikan masak cili sedap aaa terangkat. laichikang pun boleh lah.

lunch, last day

warung tepi jalan lepas pasar sebelah hemeopati
nasi ayam,mee sup wah sedap aaa
ayamnya besau ok

Lain kali memang nak stay di teluk bahanglah pulak.

tanah rata cameron highland

Saya suka berjalan- jalan waktu bukan cuti ni sebab lengang je.

Saya ke Cameron Highland dengan bas buat pertama kali.
Bas ekspres menurunkan saya di Tapah, seterusnya saya naik bas Regal ke tanah rata. perjalanan 2 jam ke TR memang cantik lah. di stesen bas jadual tulis 4.30pm, tapi 4.15 pm bas dah bertolak. Kesianlah sapa yg terlambat sampai 4.30 sebab ini bas terakhir utk hari tu.

Nak tidur bawa pokok strawberry ?
silalah ke Kg sedia di cameron highland. Banyak homestay ke disana.
di hasr strawberry , rumah kayu 3 bilik rm250/mlm. Hasr ni depan je al mashoor strawberry kg sedia. al mashoor ni memang masyur/glamer. dlm mardi pun ada strawberry plots dia.
Pagi2 sampai di hasr, org sedang petik strawberry ni. kemudian nya saya merasalah jus strawberry yg terbaik dari ladang nih. Recommended! tambang teksi tanah rata-kg sedia RM9.

Memandangkan tinggal di tanah rata ja, saya berjalan kaki je ke MARDI.
Macam2 pokok lah jumpa, sayur buah bunga. Setakat tengok pokok teh, takyah jauh2 ke bharat ke mana ke. Boleh lunch di kafeteria MARDI, harga mcm di KL jugalah. service slowww ye, sabar je lah

Lunch satu tempat lagi, food court depan maybank tanah rata. kerabu kaki ayam, huu takpernah tau sedap rupanya kaki ayam dibuat kerabu. selama ni makan kerabu mangga je

Balik KL naik bas ekspres yg baru beroperasi, tiket RM30 berhenti di KL sentral. sykt lain RM35, promosi lah agaknya. kaunternya hanya meja tulis di stesen tanah rata sedangkan sykt lain ada bilik kaunternya.

pusat servis / service centre honda kawasan Setapak / wangsa maju

bertahun2 hantar kereta ke workhop, ini pertama kali hantar kereta untuk servis tanpa perlu beratur. Tengok atas meja pusat servis tu ada nasi lemak ... wah bagus ni.   tapi saya tak rasa lah pulak.

alamat,
G-mart autoworld  (dulu Noblekey)
Jln perusahaan kiri, Kaw Perusahaan Ringan Setapak 03-4021 2104  /2106

Dari arah JPJ ke pusat bandar, ada jalan kecil kiri selepas ESSO jalan genting klang.

Friday, 25 March 2011

Sedekah

Sedang makan tengahari, ada perempuan jual tisu (biasa dikenali sebagai peminta sedekah) datang dari arah belakan. Tangan dihulur di atas bahu saya ketika saya duduk membelakangkan dia. Kawan saya yang berada di bucu sebelah sana (diagonal) segera mengeluarkan RM1, dan tisu diberikan kepada kawan saya. Rasa macam cepat sangat berlaku, saya kemudian rasa rugi kerana bukan saya yang beli tisu tu.

Biasanya memang saya taknak beri duit pada peminta sedekah ni. tapi kalau mereka menjual sesuatu, kiranya itulah usaha mereka mencari rezeki.

----------

Kini saya lebih suka membeli belah di pasar siang atau malam. Kalau dulu saya terus ke Carrefour contohnya untuk cadar, tuala, permainan kanak2 dll
Pada saya, lebih baik saya menolong penjual kecil-kecilan di pasar ini. Pastinya penjual rasa sedih apabila barangan tiada satu pun yang laku setelah berdiri lama menunggu pelanggan.

Di satu pasar malam, ada seorang Muslim yang cacat anggota menjual barang kecil2 untuk kanak2 seperti buku stiker dan mainan kecil2 berharga RM0.50-RM5. Barang2 jualan diletakkan di atas meja kecil dan digantung. Biasanya kanak2 tidak tertarik singgah di kedai ni kerana sikit sangat permainan yg ada. Kedai kafir dihadapannya juga menjual permainan, 4 meja berderet banyak permainannya. Ramai yang singgah. Bila saya singgah beli di kedai muslim ni, nampak dia gembira sangat, agaknya saya pelanggan pertama hari itu. tak silap saya 2 minggu kemudian, saya ke sana, dia tidak berniaga lagi.
Dia berusaha berniaga, tapi tidak mampu bersaing dengan kedai hadapannya itu. Semoga si Muslim ni mendapat rezeki yang berkat di tempat lain.

---------------

Saya ke pasar malam dengan seseorang yang sangat suka memberi. Dia tidak mengambil duit berbaki kalau syiling. Semoga dia mendapat pahala sedekah. Memang rezeki dia pun tidak putus2 insya Allah.
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) paste dari danauilmu.net -----------

---------------

10 tahun lalu, saya diberitahu rakan sebilik akan perbualannya dengan anak seseorang yang sangat dihormati. Saya hormati dan kagum dgn beliau kerana ilmunya, kerana akhlaknya, kerana usaha beliau memperjuangkan nasib palestin. Anak itu belum bersekolah ketika itu. lebih kurang begini
kawan: bila besar nak jadi apa
Anak itu: daie
kawan: jadilah askar ke polis ke kan best
Anak itu:takkknakk .. nak jadi daie juga

Daie=pendakwah

Masya Allah, beruntung yang mendapat anak yang soleh. Tengoklah bapanya juga orang yang soleh. Anak yang soleh, nikmat yang sangat besar. Lihatlah berapa ramai ibubapa yang kesusahan angkara anak. Anak meninggi suara, tidak balik rumah, dadah, merampas harta ibubapa dan menghantar ibubapa yang tua ke rumah kebajikan. Teringat satu kisah bekas guru besar. Beliau menukar nama rumahnya kepada anak lelaki yang telah bekerja dan berkeluarga. Setelah siap tukar nama, anak menghalau ibunya keluar.

Saya kagum melihat insan2 yang sanggup memikul fardhu kifayah menolong saudara Muslim dekat dan jauh di Kemboja, di Palestin dll.
Ada seorang ustaz yang pernah mengajar Al-Quran di sebuah Masjid Putrajaya bercerita dia mengambil cuti tanpa gaji (1 / 2 minggu), kos perjalanan tersebut ditanggung sendiri. Isteri beliau menggalakkan. Alhamdullillah dia tinggal di kawasan masjid. Keselamatan keluarga terjamin sepanjang pemergiannya.







Thursday, 24 March 2011

Sepuluh sahabat yang dijanjikan Syurga, Insya Allah

yang sebenarnya bukan setakat sepuluh sahaja sahabat yang hebat .
Senarai sepuluh;
 1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq
2- Saidina Umar Al-Khattab
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan 4- Saidina Ali Bin Abu Talib
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam
6- Saidina Tolhah Bin ‘UbaidiLlah
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah .
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas
10- Saidina Sa’id Bin Zaid

Lalu hadapan Masjid Saad bin Abi Waqqas, cuba nak ingat kembali senarai sepuluh ni.
Perbanyak amal seperti  mereka

mencari batu

order ashhar kambing... bangladesh betullah, kuah daging kambing masin nau, nasi kering nau

semalam lambat nau.. kehabisan keli besau

-----------
Pagi-pagi mencari batu bata berdekatan tasik. Dulu banyak, hari tinggal sikit, penuh bertanah pulak.
kumpul-kumpul dalam 6 ketul. Akan kembali lagi 1 minggu, harap hujan akan turun membersihkan batu tu.
- Batu untuk projek meja tulis yang telah terkopak

Monday, 21 March 2011

Saya musafir

lebih kurang bicara masa berpindah

Saya : Barang saya sikit je
A : Biasanya orang pindah banyak barang
Saya : Saya musafir...ehehe