Saya suka berjalan- jalan waktu bukan cuti ni sebab lengang je.
Saya ke Cameron Highland dengan bas buat pertama kali.
Bas ekspres menurunkan saya di Tapah, seterusnya saya naik bas Regal ke tanah rata. perjalanan 2 jam ke TR memang cantik lah. di stesen bas jadual tulis 4.30pm, tapi 4.15 pm bas dah bertolak. Kesianlah sapa yg terlambat sampai 4.30 sebab ini bas terakhir utk hari tu.
Nak tidur bawa pokok strawberry ?
silalah ke Kg sedia di cameron highland. Banyak homestay ke disana.
di hasr strawberry , rumah kayu 3 bilik rm250/mlm. Hasr ni depan je al mashoor strawberry kg sedia. al mashoor ni memang masyur/glamer. dlm mardi pun ada strawberry plots dia.
Pagi2 sampai di hasr, org sedang petik strawberry ni. kemudian nya saya merasalah jus strawberry yg terbaik dari ladang nih. Recommended! tambang teksi tanah rata-kg sedia RM9.
Memandangkan tinggal di tanah rata ja, saya berjalan kaki je ke MARDI.
Macam2 pokok lah jumpa, sayur buah bunga. Setakat tengok pokok teh, takyah jauh2 ke bharat ke mana ke. Boleh lunch di kafeteria MARDI, harga mcm di KL jugalah. service slowww ye, sabar je lah
Lunch satu tempat lagi, food court depan maybank tanah rata. kerabu kaki ayam, huu takpernah tau sedap rupanya kaki ayam dibuat kerabu. selama ni makan kerabu mangga je
Balik KL naik bas ekspres yg baru beroperasi, tiket RM30 berhenti di KL sentral. sykt lain RM35, promosi lah agaknya. kaunternya hanya meja tulis di stesen tanah rata sedangkan sykt lain ada bilik kaunternya.
No comments:
Post a Comment