Thursday, 21 April 2011

pulau pinang

naik keretapi ke butterworth waktu malam, sebab nak tidur dalam keretapi.  Terbangun2 tiap 1 jam. memang tak lena lah. 6am sampai butterworth, jadual 4.58am. patut jadual itu ikutlah kebiasaan. org2 situ kata mmg biasa 6am.

Bas rapid penang memang bagus. website rapidpenang is very informative. salute
saya tinggal di tanjung bungah, nak ke teluk bahang naik bas 103 atau 101  tak silap la.tiket rm2.00
pagi2 di teluk bahang. syok jalan2 kampung nelayan. ada pasar ikan.
dari tempat rapidpenang parking, +- 80m pasar harian. banyak tempat makan situ.

1- nasi lemuni
saya;nasi lemuni tu macammana
P; nasi tu ada daun
saya; macam daun pisang ke? buat alas nasi...
P; bukanlah, daun tu hancur2 masak dengan nasi

2- apom telur (gerai tepi jalan depan pasar)
kedai tulis apom telur RM1, Apom manis RM0.50

penjual;nak satu telur sekali?
saya; ok
pembeli1;makcik dulu boleh makan satu telur satu apom, sekarang satu telur untuk 5 biji apom.(penyakit banyak)
saya; apom telur ni manis tak
penjual; manis

Saya tak boleh pilih apom tak manis dengan telur sebab gula dah masuk siap2 dalam bancuhan tepung

dinner,
bawa ikan dan ketam minta kedai masak. nafa ke apa namanya kedai makan tepi jalan buka 6pm
ikan masak cili sedap aaa terangkat. laichikang pun boleh lah.

lunch, last day

warung tepi jalan lepas pasar sebelah hemeopati
nasi ayam,mee sup wah sedap aaa
ayamnya besau ok

Lain kali memang nak stay di teluk bahanglah pulak.

tanah rata cameron highland

Saya suka berjalan- jalan waktu bukan cuti ni sebab lengang je.

Saya ke Cameron Highland dengan bas buat pertama kali.
Bas ekspres menurunkan saya di Tapah, seterusnya saya naik bas Regal ke tanah rata. perjalanan 2 jam ke TR memang cantik lah. di stesen bas jadual tulis 4.30pm, tapi 4.15 pm bas dah bertolak. Kesianlah sapa yg terlambat sampai 4.30 sebab ini bas terakhir utk hari tu.

Nak tidur bawa pokok strawberry ?
silalah ke Kg sedia di cameron highland. Banyak homestay ke disana.
di hasr strawberry , rumah kayu 3 bilik rm250/mlm. Hasr ni depan je al mashoor strawberry kg sedia. al mashoor ni memang masyur/glamer. dlm mardi pun ada strawberry plots dia.
Pagi2 sampai di hasr, org sedang petik strawberry ni. kemudian nya saya merasalah jus strawberry yg terbaik dari ladang nih. Recommended! tambang teksi tanah rata-kg sedia RM9.

Memandangkan tinggal di tanah rata ja, saya berjalan kaki je ke MARDI.
Macam2 pokok lah jumpa, sayur buah bunga. Setakat tengok pokok teh, takyah jauh2 ke bharat ke mana ke. Boleh lunch di kafeteria MARDI, harga mcm di KL jugalah. service slowww ye, sabar je lah

Lunch satu tempat lagi, food court depan maybank tanah rata. kerabu kaki ayam, huu takpernah tau sedap rupanya kaki ayam dibuat kerabu. selama ni makan kerabu mangga je

Balik KL naik bas ekspres yg baru beroperasi, tiket RM30 berhenti di KL sentral. sykt lain RM35, promosi lah agaknya. kaunternya hanya meja tulis di stesen tanah rata sedangkan sykt lain ada bilik kaunternya.

pusat servis / service centre honda kawasan Setapak / wangsa maju

bertahun2 hantar kereta ke workhop, ini pertama kali hantar kereta untuk servis tanpa perlu beratur. Tengok atas meja pusat servis tu ada nasi lemak ... wah bagus ni.   tapi saya tak rasa lah pulak.

alamat,
G-mart autoworld  (dulu Noblekey)
Jln perusahaan kiri, Kaw Perusahaan Ringan Setapak 03-4021 2104  /2106

Dari arah JPJ ke pusat bandar, ada jalan kecil kiri selepas ESSO jalan genting klang.